web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Audio Perbualan Sudah Diedit, Saya Tak Tahu Akan Didedahkan’ - Wahab

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 10:23PM

Tangkap layar sidang media Mohammad Agus Yusoff malam tadi - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbualan video antara mantan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti(J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff dan pembantunya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani sudah diedit menggunakan teknik voice over.

Mendedahkan perkara itu, Abdul Wahab berkata, dia tidak tahu perbualan berkenaan akan dimanipulasi dan didedahkan kepada umum.

Dakwanya, dia hanya diarah untuk merakam perbualan tersebut, sebelum menyerahkan ia kepada seorang individu yang hanya dikenali sebagai Mr H.

“Video saya dengan Datuk (Agus) panjang (lagi) tapi bahagian yang dikeluarkan Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin) sudah dipotong (diedit),” katanya dalam sidang media di Bangi, malam ini.

Sidang media terbabit diadakan susulan penyebaran perbualan lucah menerusi video, didakwa melibatkan pemuda tersebut dan Agus.

Mengulas isu sama, Agus berkata, beliau tidak tahu Wahab sebenarnya sudah ‘diupah’ untuk terbabit dalam komplot menjatuhkan dirinya.

“Saya tak tahu pun Wahab nak jatuhkan saya. Wahab ini naif, seorang yang saya anggap sebagai anak. Tak ada yang pelik (kalau) video call pun,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, satu laporan polis berkenaan perkara itu telah dibuat petang tadi, bagi melindungi nama baiknya.

“Saya diberitahu video itu tular dan saya dan buat laporan polis petang tadi. Saya tak jangka ini akan berlaku, saya mahukan keadilan. Saya sudah lantik peguam untuk tindakan lanjut.

“Apa yang hendak saya katakan, video itu pertamanya saya nafikan. Saya ingin katakan bahawa video itu adalah suatu yang doctored, edited dan framed,” katanya.

Katanya, beliau tidak menjangka keputusan mudah untuk meletakkan jawatan dicemarkan dengan perkara seperti ini.

“Saya tak mahu panjangkan, cuma tak sangkalah lepas saya ambil keputusan (letak jawatan), ini pula yang berlaku.

“Wahab perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan kepada saya,” katanya. - Getaran, 17 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Kenapa Relaks Sangat Tu Bro...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad