web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Daftar AstraZeneca, Rakyat Masih Kecewa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:45PM

Khairy meminta maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah kerana kegagalan sistem itu. - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekecewaan rakyat yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 jenama AstraZeneca masih terpampang di media sosial, selepas hasrat mereka itu terbantut akibat kegagalan sistem.

Bukan sekadar gagal mendaftar, netizen turut meluahkan kekecewaan apabila lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masing-masing ditukar secara tiba-tiba pada saat akhir.

Seorang pengguna, Cheryl Lim berkata, temujanji ayah sahabat baiknya ditukar sehari lebih awal, berbanding tarikh asal iaitu 28 Mei, malah jenis vaksin turut diubah.

ciapan Cheryl Lim
ciapan Cheryl Lim

“Ayah sahabat saya akan menerima vaksin AstraZeneca sedangkan mereka tidak pernah memohon atau mendaftar.

“Apa yang terjadi? Kenapa banyak sangat perkara aneh yang terjadi? Tolong perbaiki sistem ini!” kata Cheryl menerusi ciapannya.

Ada juga yang tidak diberitahu tarikh temujanji meskipun telah berjaya mendaftar untuk menerima vaksin AstraZeneca dalam pusingan kedua program suntikan vaksin secara sukarela tersebut.

“Boleh saya tahu tarikh janji temu saya?” kata seorang lagi pengguna, Alex yang turut mengepilkan tangkap layar janji temu pertama suntikan vaksinnya yang memaparkan tarikh tidak masuk akal, iaitu 12-20-0009.

Ciapan Alex
Ciapan Alex

Dia kini berada dalam kebingungan kerana tidak jelas dengan maklumat temu janji pertama, walaupun diberikan masa dan lokasi PPV yang tepat.

Seorang lagi pengguna Twitter, Najjwa81, tidak langsung mendapat sebarang maklum balas tentang janji temu suntikan vaksinnya setelah berjaya mendaftar.

“Kenapa saya tidak dapat tarikh janji temu langsung sedangkan sudah daftar semasa hari Isnin lalu? Tolonglah beri maklum balas. Saya juga telah tolong daftarkan untuk datuk dan nenek saya,” rayu Najjwa81 melalui ciapannya.

Menyedari luahan kekecewaan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin meminta maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah kerana kegagalan sistem itu.

“Pengalaman pengguna atau ‘user experience’ dilalui menyebabkan ramai kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap. Saya setuju, ia sepatutnya dilaksanakan dengan lebih mantap.

“Kita juga telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin Astra Zeneca yang akan diterima pada bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara sukarela sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” kata Khairy. - Getaran, 27 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia