web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Ketua Pengarah J-Kom Selesai Beri Keterangan, Dedah Identiti 'Mr H'

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 8:40PM

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff, diiringi peguamnya, ditemui media selepas memberi keterangan di IPD Kajang susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff telah selesai memberi keterangan kepada polis berkaitan kes video perbualan mirip dirinya dengan seorang kakitangan J-KOM.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 2 petang, selesai memberi keterangan pada jam 5.25 petang.

Ketika ditemui media selepas selesai memberi keterangan, Mohammad Agus berkata, beliau sudah mendedahkan identiti individu digelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes berkenaan dalam keterangannya kepada polis, namun enggan mendedahkannya kepada media.

“Saya tidak mahu komen perkara ini (pendedahan identiti ‘Mr H’), saya serahkan siasatan kes ini kepada polis,” katanya.

Mohammad Agus berkata, beliau juga membuat satu lagi laporan polis hari ini terhadap pemilik akaun TikTok ‘Raja Petra’ susulan penularan satu video TikTok yang mendedahkan maklumat peribadi beliau.

Beliau berkata, laporan polis itu dibuat kerana maklumat peribadinya yang didedahkan melalui video TikTok akaun ‘Raja Petra’ itu boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarganya. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan bahawa Mohammad Agus selesai memberi keterangan di IPD Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pula ketika dihubungi berkata, kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lalu di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'