web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tambah Renjer Komuniti Elak Hutan, Hidupan Liar Terus Diancam - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Nov 2023 4:52PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan akan terus menambah bilangan renjer komuniti bagi memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan sudah menambah sebanyak 1,500 renjer dan sebahagian besar terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, usaha itu juga bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal termasuk di Sabah dan Sarawak daripada terus diceroboh.

"Kita tahu tekanan kepada hutan dan haiwan kita adalah sangat tinggi. (Sejak akhir-akhir ini) semakin banyak konflik (pencerobohan hutan) yang berlaku, jadi dalam usaha kita menghentikan perkara tersebut, kita perlu menambah bilangan renjer," katanya selepas merasmikan Persidangan Serantau: Kesalihubungan Hutan dan Pemuliharaan Biodiversiti di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, lebih 600 masyarakat Orang Asli sudah dipilih menjadi renjer komuniti dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.

"Selain itu, penglibatan veteran tentera dan polis sangat bersesuaian kerana mereka mempunyai kepakaran serta pengalaman luas ketika berada di hutan," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai fokus kementerian semasa Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 28) di Dubai, hujung bulan ini, Nik Nazmi berkata, pihaknya akan memfokuskan isu peralihan tenaga.

"Malaysia sebagai negara yang bersedia bagi peralihan tenaga di rantau ini akan mempamerkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).

"Selain itu, kita akan mengetengahkan isu berkaitan kerugian akibat bencana alam yang dialami negara-negara membangun termasuk kepulauan kecil," katanya persidangan tersebut yang dijadual berlangsung pada 30 November hingga 12 Disember ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

3

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Nik Nazmi Serah Surat Tuntutan Kepada Chegubard

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia