web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Polis Sahkan Ancaman Palsu

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 5:53PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan sembilan sekolah antarabangsa, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan tujuh di Selangor menerima ancaman bom menerusi e-mel pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tujuh sekolah di Selangor itu membabitkan daerah Petaling Jaya, Kajang, Subang Jaya, Shah Alam dan Kuala Langat.

“Hasil siasatan di tempat kejadian sehingga jam 1 tengah hari tadi, tidak menemui sebarang bom di dalam sekolah-sekolah terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya e-mel itu adalah maklumat palsu yang hanya bertujuan menimbulkan kegusaran pihak sekolah dan ibu bapa. 

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata, Unit Pemusnah Bom sedang menjalankan tugasan flushing di dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju yang menerima ancaman bom hari ini.

Terdahulu tular mesej di laman sosial mengenai ancaman bom menerusi e-mel tanpa nama yang diterima beberapa sekolah antarabangsa antara jam 10 dan 11 pagi tadi. 

Sementara itu di Pulau Pinang, polis mengesahkan dua sekolah antarabangsa di daerah Timur Laut menerima ancaman bom melalui e-mel hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan polis masing-masing dari sekolah antarabangsa di Jalan Sungai Pinang dan Tanjung Tokong itu pada jam 11.20 pagi dan 12.26 tengah hari.

"Kedua-dua sekolah menerima kandungan dan penghantar e-mel yang sama hari ini bertajuk 'bahan letupan telah ditanam di sekolah' serta kandungan e-mel menceritakan penghantarnya mengalami masalah hidup, dibenci oleh orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah.

"Pasukan Unit Pencegahan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Unit Anjing Pengesan (Unit K9) polis membuat pemeriksaan di dua sekolah dan mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan. Pasukan bomba juga berada di kedua-dua lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini.

Katanya, pihak polis membuat permohonan semakan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengenal pasti butiran pemilik e-mel berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. 

Di Perak, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan, polis menerima maklumat daripada pihak pengurusan sebuah sekolah antarabangsa di Ipoh, mengenai satu e-mel yang diterima daripada seorang individu yang tidak dikenali berkenaan ancaman bom di dalam bangunan sekolah.

Beliau berkata, pegawai sekolah berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada polis pada kira-kira jam 10.10 pagi.

Katanya, pihak polis terus bertindak pantas dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan sekolah berkenaan dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

"Hasil pemeriksaan di seluruh bangunan sekolah itu mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemukan dan selepas keadaan disahkan selamat, semua tenaga pengajar dan pelajar sekolah dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan tersebut kira-kira 1.15 petang," katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Di Johor Bahru pula, Ketua Polis Negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima lima laporan berkenaan ugutan bom melalui e-mel terhadap sekolah swasta, yang terdiri daripada Masai dan Permas Jaya, Johor Bahru; Gelang Patah di Iskandar Puteri; serta di daerah Kulai dan Muar, antara jam 11 pagi dan 6.18 petang.

Beliau berkata, pasukan polis daripada Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Cawangan Khas Daerah, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan Unit Anjing Pengesan (K9) diatur gerak ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan yang dijalankan di keseluruhan bangunan sekolah mendapati tiada terkesan sebarang objek yang mencurigakan serta kawasan adalah selamat. Sehingga kini (pukul 7.30 malam), pihak polis masih berada di lokasi-lokasi kejadian bagi menjalankan pemerhatian lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Kamarul Zaman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia