web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Anggota APAD Tambah Baik Landasan LRT KLCC-Kampung Baru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 11:14AM

Wee Ka Siong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan Rel dan Bahagian Perancangan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di kerahkan untuk menambah baik landasan tren LRT di stesen KLCC-Kampung Baru laluan Kelana Jaya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pemeriksaan yang bermula sekitar 12.19 tengah malam tadi, bertujuan untuk memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan landasan terbabit.

Menurut Ka Siong, hasil pemeriksaan mendapati laluan kecemasan di sebelah kanan landasan 1447 itu tidak stabil akibat kesan pelanggaran (patah di bahagian tapak) dan perlu diambil tindakan pembaikan segera.

“Disamping itu, tiga klip rel tidak dipasang pada bahagian landasan dan pihak Rapid Rail telah memasang klip tersebut serta-merta.

“Pasukan Pemeriksaan APAD juga mengarahkan Rapid Rail menggantikan “linear heat detector sensor cable” yang rosak bermula di segmen terowong 126 sehingga segmen terowong 96 sepanjang lebih kurang 28.5 meter,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelas Ka Siong, APAD juga akan memastikan sistem pengesanan kebakaran di dalam terowong berfungsi dengan baik dari Stesen KLCC sehingga Stesen Kg Baru.

“Pihak Rapid Rail memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Ini adalah komponen keselamatan kritikal operasi utama bagi perkhidmatan LRT,” ujarnya.

Tambahnya, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih lagi mengikut pelan alternatif dengan menggunakan satu landasan.

Semalam Ka Siong mengumumkan dua tren yang bertembung di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC pada 24 Mei lalu berjaya dikeluarkan lebih awal daripada tempoh tiga hari seperti dijanjikan.

Pada Isnin, dua tren LRT bertembung dalam terowong di laluan Kelana Jaya mengakibatkan 213 penumpang cedera. - Getaran, 28 Mei 2021                                   

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia