web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, MITEC Jadi PPV Mulai 31 Mei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 11:31AM

Bangunan MITEC yang terletak di Jalan Dutamas 2, Kuala Lumpur.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fasiliti pameran terbesar negara iaitu Pusat Dagangan Antarabangsa dan Pameran Malaysia (MITEC) akan digunakan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 mulai 31 Mei ini.

Penglibatan MITEC yang berkeluasan 75.5 ekar adalah antara usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk jangkitan wabak itu yang kian menular sehingga mengakibatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga.

“Kami berbesar hati dapat membuka pintu dan memainkan peranan yang penting dalam menangani COVID-19,” kata Pengerusi Prisma Galeri Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahman Mamat.

Prisma Galeri adalah anak syarikat Naza Corporation Holdings (NCH) yang menguruskan MITEC.

Pemberian suntikan vaksin di MITEC akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Titiwangsa dan Jabatan Kesihatan Manjalara.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Mala Dorasamy, untuk tempoh permulaan pusat pameran tersebut mampu memberikan sebanyak 2,600 suntikan vaksin sehari.

“Jumlah suntikan akan dinaikkan hingga 5,000 ke 8,000 sehari. MITEC juga dilengkapi dengan kemudahan untuk golongan kurang upaya dan hanya satu pintu masuk akan dibuka iaitu di bahagian selatan MITEC.

“Demi menjaga keselamatan orang ramai dan petugas, hanya mereka yang telah membuat pendaftaran suntikan vaksin dan sudah mendapat janji temu sahaja dibenarkan masuk,” kata Mala.

MITEC, yang terletak di Jalan Dutamas 2, boleh diakses melalui beberapa lebuhraya utama seperti Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya SPRINT dan Jalan Kuching. - Getaran, 28 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia