web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Bantu Hubungi Hamas Untuk Bebaskan Rakyat Thailand

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 9:03AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di Putrajaya, baru-baru ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20 rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas dilaporkan selamat dan sudah dibebaskan susulan rundingan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak terbabit.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian di akaun X miliknya.

"Seramai 20 pekerja asing Thailand yang bekerja di Israel, dijadikan tebusan pejuang Hamas, berjaya dibebaskan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan mereka," katanya.

Terdahulu, Bangkok Post baru-baru ini melaporkan, Perdana Menteri, Srettha Thavisin mengumumkan bahawa kesemua 20 rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas dilaporkan selamat dan sudah dipindahkan ke sebuah lokasi sebelum dibebaskan.

Menurut Thavisin, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi telefon.

Dalam sidang media di Bangkok itu, Thavisin berkata: "Perdana Menteri Malaysia menghubunginya pada Khamis dan memaklumkan bahawa dua kumpulan tebusan rakyat Thailand sudah dipindahkan ke lokasi sama sebelum dibebaskan.

"Namun, keberadaan dua atau tiga lagi tebusan rakyat Thailand masih belum diketahui dan usaha sedang dibuat untuk mengesan mereka".

Sebelum ini, Kementerian Luar Thailand mengumumkan bahawa 23 orang rakyat negara itu menjadi tebusan Hamas.

Sementara itu, Shamsul Iskandar yang memetik laporan Bangkok Post berkenaan berkata, kerajaan Thailand turut menyatakan ucapan terima kasih atas jasa baik Anwar dalam usaha menyelamatkan rakyat mereka. - Getaran, 27 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 21 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

4

Politik 3 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 10 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran