web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dibelasah 5 Lelaki Akibat Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 2:30PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Akibat bermain cinta dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki berusia 42 tahun cedera di beberapa bahagian badan setelah dibelasah sekumpulan lima lelaki di depan sebuah hotel dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang dengan pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu. 

"Siasatan awal mendapati mangsa yang memiliki tujuh rekod dadah mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang daripada suspek. Sehubungan itu, berlaku pertikaian antara mereka dan mangsa kemudiannya dibelasah di depan hotel tersebut. 

"Berikutan kejadian iu, mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka dan paha kiri. Tiada sebarang senjata digunakan dalam kejadian itu," katanya. 

Difahamkan kesemua mereka saling mengenali antara satu sama lain. Mangsa dikatakan bermain cinta dengan isteri seorang suspek berusia 33 tahun yang tidak bekerja.

Tambahnya, tangkapan telah dibuat terhadap kesemua yang terlibat dalam kejadian itu termasuk mangsa yang dipukul bagi membantu siasatan. 

"Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 35 tahun. Dalam kalangan suspek, hanya remaja berusia 16 tahun itu saja yang tidak mempunyai rekod lampau. 

"Suspek-suspek lain semuanya memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Seorang daripada suspek berusia 33 tahun malah mempunyai 33 rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik," katanya.

Zaidy memaklumkan, empat suspek tersebut direman selama empat hari manakala remaja berusia 16 tahun itu direman sehari. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran 28 November 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia