web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Kes Baharu Cacar Monyet Direkodkan Sehingga Semalam - KKM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Nov 2023 3:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima kes baharu jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan sepanjang 31 Oktober lalu hingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jangkitan baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada sembilan kes.

Menurut beliau, kesemua kes berkenaan bagaimanapun tidak memiliki sebarang kaitan dengan jangkitan dilaporkan sebelum ini.

“Kes kelima positif jangkitan mpox disahkan pada 10 November, melibatkan lelaki warga tempatan bermur 40 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam serta lepuh pada 29 Oktober.

“Kes keenam juga merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun yang menunjukkan gejala demam serta lepuh pada 7 November dan disahkan pada 12 November,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata, kes ketujuh ialah kontak rapat kepada kes keenam, melibatkan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang menunjukkan gejala lepuh pada 11 November dan disahkan pada 12 November.

“Kes kelapan merupakan seorang lelaki warga tempatan bermur 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko.

“Kes mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit otot (myalgia), bengkak kelenjar (lymphadenopathy) serta ruam makulopapular sejak 6 November dan disahkan pada 15 November,” katanya.

Beliau menambah, kes kesembilan turut melibatkan lelaki warga tempatan berumur 47 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam serta ruam pada 8 November, sebelum disahkan pada 17 November 2023.

Kesemua kes katanya, sedang menjalani isolasi di hospital dan berada dalam keadaan kesihatan yang stabil.

“Kesemua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, manakala kesemua kontak bagi kes yang disahkan telah dikenalpasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau,” katanya.

Mpox jelas Dr Muhmmad Radzi, adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox dan jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta tanda jangkitan mpox.

“Gejala mpox adalah demam beserta ruam makulopapular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

“Tempoh inkubasi mpox iaitu daripada tarikh individu terdedah kepada jangkitan sehingga mendapat gejala adalah di antara lima ke 21 hari,” katanya.

Beliau berkata, individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering serta tanggal sepenuhnya.

“Sehubungan dengan itu, semua kes disyaki atau disahkan mpox perlu menjalani perintah pengasingan sehingga disahkan tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain. Lazimnya kes mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.

“Semua pengamal perubatan diminta untuk peka terhadap individu dengan gejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi (key population),” katanya.

Dr Muhammad Radzi menegaskan, pengamal perubatan perlu mendapatkan sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan mpox.

“Kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran melalui sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah kawalan dapat dijalankan.

“Untuk maklumat lanjut berkenaan pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada Guidelines Mpox Management In Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Januari lalu,” katanya. - Getaran, 30 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global