web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Hormat Rasulullah Jika Rentas Daerah, Negeri - Mufti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 7:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perbuatan merentas daerah atau negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja melanggar prosedur operasi standard (SOP), bahkan menunjukkan ketidakpatuhan terhadap saranan yang pernah disuarakan Nabi Muhammad SAW.

Larangan merentas kawasan ketika wabak dinyatakan secara jelas melalui sabda Rasulullah kira-kira 1,400 tahun lalu dan masih terpakai hingga sekarang.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, punca utama peningkatan mendadak kes positif COVID-19 sejak awal bulan ini berkemungkinan besar akibat aktiviti rentas negeri ketika musim perayaan Aidilfitri lalu.

“Ada kalanya kita terlalu mementingkan SOP hingga mengabaikan perkara pokok yang sudah pesan Rasulullah melalui sabdanya, berkaitan kaedah paling utama sekiranya kita ingin menghentikan penularan wabak yang sedang berlaku.

“Keputusan kerajaan menghalang aktiviti merentas daerah dan negeri sepatutnya dipatuhi dan diberi perhatian kerana inilah sebenarnya cara disarankan Rasulullah.

“Agak mengecewakan kerana masih ada yang tidak patuh dan akibat inilah yang akhirnya kita lihat jumlah kes (positif) COVID-19 semakin meningkat,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan terkini Kementerian Kesihatan, jumlah kes positif direkodkan hari ini sebanyak 8,290, dengan 61 lagi kematian, manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 72,823 di seluruh negara.

Beliau berkata, hadis Rasulullah adalah garis panduan jelas untuk dijadikan rujukan, apabila situasi wabak dilihat sebagai ancaman sukar dikawal akibat tahap pematuhan SOP yang kurang memuaskan.

“Pematuhan SOP ini bermula di peringkat mukim sebelum daerah dan negeri. Kalau di peringkat mukim sudah boleh dikawal (pergerakan), tidak ada masalah untuk memutuskan rantaian (wabak) COVID-19,” katanya.

Abdul Rahman turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa yang menguatkuasakan larangan merentas daerah dan negeri kerana ia dibuat selepas kajian teliti dilakukan pelbagai pihak.

“Saya sangat berharap agar orang ramai patuhi larangan (rentas daerah dan negeri) diumumkan kerajaan kerana keputusan ini dibuat selepas mengambil pertimbangan sewajarnya dan menilai daripada pelbagai aspek.

“Rasulullah juga menghalang penduduk keluar dari kawasan wabak dan orang dari luar datang ke kawasan wabak. Jika kita tidak patuh arahan ini, umpama kita tidak menghormati saranan Rasulullah,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Tak Wajar Angkat PAS Wakil Islam, Pandangan Wan Salim Amat Tepat

2

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mufti Pulau Pinang Pertahan Tindakan Batal GVF 2023

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia