web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rombak Kabinet : Itu Prerogatif Perdana Menteri - Fadillah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 6:40PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Promosi Kemahiran Teknikal & Vokasional (TVET) Parlimen Petra Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Keputusan untuk membuat sebarang rombakan dalam Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepenuhnya, yang pasti akan menitikberatkan kemampuan seseorang itu untuk menerajui kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya tak tahu pun ada rombakan kabinet (kerana) tiada perbincangan dengan saya. Itu prerogatif Perdana Menteri dan sudah pasti dia akan menilai adakah kementerian itu bersesuaian dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada seseorang itu,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas Program Promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sini, hari ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar semalam yang memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet dijangka berlaku sebelum kemunculan 2024.

Menyentuh mengenai TVET, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, pusat khidmat Parlimennya akan meluaskan kerjasama dengan badan bukan kerajaan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) bagi menggerakkan program mempromosikan bidang itu di peringkat sekolah. 

“Tumpuan ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen ini iaitu Tupong, Satok dan Samariang. Saya akan menyokong perancangan dari segi bentuk program yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun hadapan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Elak Isu 3R Antara Inti Pati Draf MoU Peruntukan Pembangkang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan