web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Total Lockdown’ 2 Minggu Bermula 1 Jun - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 9:23PM

‘Total Lockdown’ akan dilaksanakan selama dua minggu bermula 1 Jun depan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penutupan penuh atau total lockdown ke atas sektor sosial dan ekonomi akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor ekonomi dan perkhidmatan penting (essential services) dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Fasa Pertama sehingga 14 Jun itu.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan dirinya sendiri petang tadi.

“Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya, menerusi satu kenyataan yang turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian yang melebihi 8,000 dan jangkitan aktif melepasi angka 70,000.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian terus meningkat.

“Kewujudan varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

“Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19 juga semakin terhad,” katanya.

Muhyiddin berkata, total lockdown berkenaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

“Sekiranya lockdown fasa pertama berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, kerajaan akan melaksanakan lockdown fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

“Fasa kedua lockdown itu dijangka akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir. Hanya setelah fasa kedua selama empat minggu itu berakhir, kerajaan akan kembali menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti dilaksanakan ketika ini, tetapi aktiviti sosial masih tidak dibenarkan meski hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut SOP,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19,” tambahnya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia