web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangkah Nafi Buat Tempahan Slot AstraZeneca

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 9:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Selangkah Venture Sdn Bhd (Selangkah) menafikan terbabit dalam tempahan slot vaksin AstraZeneca, seperti didakwa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, tuduhan yang dilemparkan CITF terhadap Selangkah itu sama sekali tidak berasas dan mencemarkan nama baik syarikat.

“Pihak Selangkah menegaskan bahawa kami tidak memiliki sebarang penglibatan dalam tempahan slot vaksin AstraZeneca seperti yang didakwa.

“Kami juga tidak pernah dihubungi oleh pihak CITF berhubung perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau menegaskan, Selangkah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan dakwaan palsu, bertujuan mencemarkan reputasi mereka.

CITF sebelum ini mendakwa, aplikasi dibangunkan kerajaan Selangor iaitu Selangkah membuat tempahan vaksin AstraZeneca buat sejumlah besar individu tanpa persetujuan mereka untuk menerima vaksin tersebut.

Katanya, ia dikenal pasti sebagai punca  yang membuatkan ada penerima diberikan slot suntikan, walaupun tidak pernah membuat tempahan atau pendaftaran untuk vaksin jenis itu.

“Semakan dan siasatan mendapati beberapa slot vaksin AstraZeneca ditempah bagi pihak orang lain dalam jumlah yang ramai, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan individu terbabit untuk menerima vaksin tersebut.

“CITF mendapati tempahan dalam  jumlah yang ramai ini dilakukan menerusi beberapa alamat IP yang  sama,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia