web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 8:19AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar malam tadi,  dan tiada sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan menjelang sambutan Hari Krismas hari ini.

Setakat 10 malam tadi, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, keadaan lalu lintas di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) terkawal dan tiada peningkatan jumlah kenderaan.

"Aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 serta LPT2 lancar setakat ini. Begitu juga aliran trafik di Tol Bentong, tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan," katanya kepada BERNAMA malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan bermula di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gombak menuju ke ibu kota melalui Plaza Tol Gombak. 

Selain itu, menurutnya terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 149.3 arah selatan dari Juru ke Bukit Tambun di Pulau Pinang, namun tiada lorong terhalang dan trafik lancar.

Akaun rasmi Twitter PLUS Trafik pula memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Perak perlahan disebabkan kemalangan.

“Maklumat awal terdapat kemalangan di KM123.0 arah utara dari Sungai Dua ke Bertam. Kemalangan juga berlaku di KM 325.3 arah utara dari Tapah ke Gopeng. Tiada lorong terhalang. Trafik terkawal,” menurut hantaran itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global