web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Menulis Kepada MKI Jika Ada Kemusykilan - Anwar

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 8:56AM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komuniti bukan Islam dialu-alukan untuk menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) jika mempunyai sebarang kemusykilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu membolehkan sebarang kekusutan dileraikan dalam suasana yang harmoni dan beradab.

Menurut Perdana Menteri, beliau mendukung penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar golongan bukan Islam tidak mencampuri urusan melibatkan hal ehwal agama Islam itu.

“Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut. 

“Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab.,” katanya, ringkas.

Semalam, Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI menitahkan agar rakyat bukan Islam tidak mencampuri hal ehwal agama berkenaan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah - gambar fail
Sultan Sharafuddin Idris Shah - gambar fail

Titah baginda, MKI memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

MKI juga titah baginda, dianggotai oleh barisan pakar yang arif dalam pelbagai bidang, khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.

Sultan Sharafuddin bertitah, penganut agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini membangkitkan kemarahan ramai pihak apabila mencadangkan kerajaan melantik 
pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Susulan kenyataan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan, cadangan Koo Ham itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa khas berkenaan.

DAP tegas Loke lagi, komited terhadap prinsip hormat-menghormati dan keharmonian antara agama serta kaum di negara ini. - Getaran, 30 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 7 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000