web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Daim Dibuka Berdasarkan Maklumat Kertas Pandora - SPRM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 2:21PM

Tun Abdul Daim Zainuddin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas Siasatan ke atas Mantan Menteri Kewangan, Tun Abdul Daim Zainuddin kertas siasatan telah dibuka pada Februari lalu berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Daim disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Menurut beliau,  prinsip undang-undang bagaimanapun menetapkan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan.

“Individu terlibat juga mempunyai peluang untuk membersihkan namanya sekiranya kes ini dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Jurucakap itu menarik perhatian, SPRM tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Daim telah melakukan sebarang kesalahan.

“SPRM ingin memperbetulkan fakta berhubung kenyataan Daim mengenai siasatan kes beliau yang telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat umum.

“Pada 7 Jun 2023, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Daim yang mengkehendaki beliau supaya mengisytiharkan segala aset miliknya sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut,” katanya.

Jelas beliau, Daim telah memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan telah diberikan lanjutan pada 6 Julai, 10 Ogos, 11 September, 11 Oktober dan yang terakhir pada 14 November lalu.

“Sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya telah mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham pada 18 Disember di bawah Seksyen 38 (1), Akta SPRM 2009 (Penyitaan Harta Tak Alih),” katanya. 

Tegas beliau, SPRM ialah suruhanjaya bebas yang bertindak secara profesional.

“Kami mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

2

Semasa 4 hari yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

3

Semasa 5 hari yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

4

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Sorotan

1

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

2

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

4

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

5

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Hampir Seminggu Hilang, Nur Farah Rupanya Dibunuh

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Seleweng Dana Awam: Reman Pasangan Pempengaruh, 2 Individu Disambung 3 Hari

Semasa 15 jam yang lalu

Ulang Tahun Sultan Brunei: Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun

Semasa 1 hari yang lalu

Kemenangan SRG Raih Perhatian Pemimpin Negara, ‘Kejayaan Buat Rakyat Malaysia’ 

oleh Sophia Ahmad