web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Seleweng Dana Awam: Reman Pasangan Pempengaruh, 2 Individu Disambung 3 Hari

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jul 2024 6:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam disambung tiga hari lagi selepas reman mereka tamat hari ini.

Menurut sumber, dua lagi individu yang juga pengendali sebuah platform kutipan derma yang direman empat hari berkait kes terbabit, turut disambung reman bagi tempoh sama.

Sumber memaklumkan, perintah sambung reman hingga Selasa ini dikeluarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan reman disambung dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Rabu lepas, SPRM menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an dan 30-an kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Kesemuanya ditahan antara 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di lbu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya Khamis lepas dan perintah reman selama empat hari hingga hari ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Menurut sumber SPRM, pasangan suami isteri itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta namun siasatan masih di peringkat awal dan pada masa yang sama, dua lagi individu turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama. - BERNAMA

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 9 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa 9 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 3 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan