web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2024 1:20PM

Ab Rauf Yusoh (dua, kanan) dan Shamsul Anuar Nasarah (kanan) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2024 di Dewan Penjara Sungai Udang, Melaka, malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA – Jentera UMNO Melaka perlu mengatur langkah bagi memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dapat dirampas kembali pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti, sekali gus menjadikan seluruh kawasan Parlimen Tangga Batu milik UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membuat gesaan itu mengingatkan jentera parti supaya tidak leka dalam menjayakan misi berkenaan, agar kedudukan UMNO di negeri itu menjadi lebih kukuh.

"Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Melaka ke-15 lepas, kita telah menang di (DUN) Kelebang, Paya Rumput, Pantai Kundor tetapi tewas di Sungai Udang, justeru kita kena berusaha mengembalikan semula Sungai Udang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2024 di sini malam tadi.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka merangkap Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin.

Pada PRU DUN Melaka ke-15, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Perikatan Nasional yang diwakili Dr Mohd Aleef Yusof dengan majoriti 530 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang mendapat 6,259 undi.

Terdahulu AB Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata 700 perwakilan melibatkan tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri Tangga Batu hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Sungai Melaka Fasa Dua Sebagai Kawasan Aktiviti, Latihan Sukan Air

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Melaka Umum 4 Inisiatif Pakej Bantuan Rahmah Dan Prihatin Rakyat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ab Rauf Harap 2 ADUN PN Sertai Kerajaan Perpaduan Di Melaka

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ab Rauf Umum 10 Barisan Timbalan Exco Melaka

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa 10 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 5 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 4 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan