web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ab Rauf Harap 2 ADUN PN Sertai Kerajaan Perpaduan Di Melaka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:35AM

Ab Rauf Yusoh berkata jika kedua-dua ADUN berkenaan bersetuju menyertai Kerajaan Perpaduan di Melaka, ia bakal mencatat sejarah sebagai negeri pertama 'sifar' pembangkang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) menyertai Kerajaan Perpaduan yang baharu ditubuhkan di negeri ini sebelum Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata jika kedua-dua ADUN berkenaan bersetuju menyertai Kerajaan Perpaduan di Melaka, ia bakal mencatat sejarah sebagai negeri pertama 'sifar' pembangkang.

"Saya berharap daripada 28 kerusi di dalam DUN, kita dah ada lebih 26 kerusi ADUN kerajaan. Kita (Barisan Nasional) menang 21 kerusi, lima daripada blok Pakatan Harapan (PH) iaitu empat DAP, satu Amanah (Parti Amanah Negara).

"Jadi saya berharap dua ADUN daripada PN berkenaan, kalau ada hasrat untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, kita sudi menerimanya. Saya adalah orang yang paling gembira kerana  Melaka bakal muncul negeri pertama ‘zero’ (sifar) pembangkang," katanya pada sidang media selepas mengumumkan barisan timbalan exco kerajaan negeri di sini malam ini.

Melaka mempunyai dua ADUN pembangkang daripada PN iaitu Dr Yadzil Yaakub (Bemban) dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

Setakat ini, hanya tujuh negeri menguatkuasakan undang-undang lompat parti iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

2

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos

Semasa 6 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan