web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Melaka Umum 4 Inisiatif Pakej Bantuan Rahmah Dan Prihatin Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:37AM

Ab Rauf Yusof, berkata inisiatif baharu berkenaan bertujuan mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutama anak watan Melaka dan golongan B40 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan Melaka semalam mengumumkan empat inisiatif di bawah Pakej Bantuan Rahmah dan Prihatin Rakyat Negeri Melaka melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM16.4 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, berkata inisiatif baharu berkenaan bertujuan mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutama anak watan Melaka dan golongan B40 sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan kemajuan di negeri itu.

Katanya, inisiatif pertama ialah parkir percuma kenderaan di bawah pentadbiran empat pihak berkuasa tempatan di negeri itu selama tujuh hari bermula 1 Syawal ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM519,000.

"Inisiatif kedua ialah pemotongan fi lesen sebanyak 50 peratus melibatkan sebanyak 6,223 pelesen iaitu penjaja kecil bermula Jun hingga akhir Disember ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM548,000.

"Bagi inisiatif ketiga pula ialah menghapuskan caj perkhidmatan atau denda lewat bayar cukai pintu bagi mereka yang dapat menjelaskan keseluruhan bayaran cukai pintu semasa dan denda lewat melibatkan kategori kediaman, komersial dan industri untuk tahun 2023 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM14.12 juta," katanya, di sini. hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri  dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ab Rauf berkata bagi inisiatif keempat pula ialah melupuskan semua kompaun kesalahan parkir kereta dan kompaun penjaja kecil dalam tempoh 1 hingga 30 Mac sempena pelantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka melibatkan anggaran implikasi kewangan bernilai RM1.18 juta.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri Melaka akan melaksanakan ‘Hari Terbuka’ pada hari Khamis setiap hujung bulan bagi memudahkan rakyat negeri itu bertemu dengannya secara 'walk in'.

"Hari Terbuka berkenaan akan diadakan sama ada di pejabat saya (Seri Negeri) sehingga jam 5 petang dan berterusan di Seri Bendahara sehingga jam 2 pagi.

"Hari Teri Terbuka ini akan dijadikan dasar utama saya yang akan memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu bagi mengemukakan permasalahan dan apa jua urusan di peringkat rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata tiada sesiapa pun dibenarkan menggunakan nama beliau selaku Ketua Menteri untuk meraih keuntungan dalam pembidaan mana-mana kontrak, tender atau projek di negeri itu.

"Setakat ini tiada individu yang menggunakan nama saya tetapi saya banyak dengar dari jauh (khabar angin)...Datuk Rauf suruh. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang dikenal pasti mengambil kesempatan atau menggunakan nama saya," katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan Perkampungan Digital dalam usaha memastikan setiap rumah di kawasan perkampungan itu mempunyai alamat yang lengkap, lebih sistematik dan memudahkan Jabatan Perangkaan menyusun semula maklumat berkaitan rakyat.

Beliau berkata inisiatif yang bertujuan menambah baik sistem penyampian sedia ada itu telah diperhalusi di semua peringkat agensi dan jabatan kerajaan negeri seperti pejabat daerah serta pihak berkuasa tempatan dan ia kini menunggu masa untuk dilaksanakan dalam masa terdekat bermula di kawasan Masjid Tanah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

2

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos

Semasa 6 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 12 jam yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis