web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sungai Melaka Fasa Dua Sebagai Kawasan Aktiviti, Latihan Sukan Air

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 8:00AM

Peserta Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2023 beraksi pada acara yang berlangsung di Sungai Melaka Fasa Dua di sini semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua di sini sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cadangan itu bertujuan menambah tarikan Sungai Melaka sekali gus dijadikan salah satu produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024). 

"Saya akan meminta pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memberikan jadual iaitu tarikh dan masa tertentu agar aktiviti riadah dan latihan sukan air seperti kanu dan perahu naga dapat dijalankan di Sungai Melaka Fasa Dua.

"Inisiatif ini bukan sahaja dilihat mampu menarik kedatangan pelancong pada TMM 2024 malah berupaya menggamit kedatangan peminat sukan air untuk menjadikan Sungai Melaka Fasa Dua sebagai tapak latihan sukan air berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Melaka 2023 di sini semalam.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Perahu Naga Melaka Datuk Wong Soo Tang.

Ab Rauf berkata cadangan berkenaan hanya melibatkan kawasan di Sungai Melaka Fasa Dua kerana laluan di Sungai Melaka Fasa Satu agak sibuk dengan operasi bot Melaka River Cruise dan tidak sesuai untuk dijadikan tapak bagi aktiviti sukan air.

Sementara itu, beliau berkata Perlumbaan Perahu Naga Melaka akan dijadikan salah satu acara pelancongan utama pada TMM 2024 dengan penyertaan lebih banyak kumpulan dari dalam dan luar negara.

"Saya melihat beberapa penambahbaikan boleh dilakukan pada penganjuran Perlumbaan Perahu Naga Melaka tahun hadapan sekiranya ia dianjurkan sebagai acara peringkat antarabangsa," katanya.

Acara yang berlangsung sehari itu melibatkan jarak 150 meter dan disertai 30 pasukan antaranya dari Melaka, Terengganu, Johor, Putrajaya serta Sarawak dengan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan tertutup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

2

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Okey Ke Tidak Tu Bro..

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Melaka Umum 4 Inisiatif Pakej Bantuan Rahmah Dan Prihatin Rakyat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ab Rauf Harap 2 ADUN PN Sertai Kerajaan Perpaduan Di Melaka

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

oleh Rahayu MN

Jelajah 14 jam yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

Kerjasama pertama Tourism New Zealand dengan Klook ini berlangsung dari 6 hingga 22 September.

oleh Rahayu MN