web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ab Rauf Umum 10 Barisan Timbalan Exco Melaka

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 7:21AM

Ab Rauf Yusoh mengumumkan senarai 10 Timbalan Exco berkenaan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) malam tadi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dilantik sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi mengukuhkan struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mengumumkan senarai 10 Timbalan Exco berkenaan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) malam tadi berkata komposisi barisan Timbalan Exco terdiri daripada dua ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) dan lapan ADUN daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata daripada jumlah itu, lapan merupakan muka baharu manakala dua lagi adalah bekas Exco kerajaan negeri sebelum ini.

Pada sidang media selepas MMKN berkenaan, Ab Rauf berkata ADUN Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET).

ADUN Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin pula dilantik sebagai Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana manakala ADUN Serkam Datuk Zaidi Attan dilantik memegang jawatan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.

Turut dilantik, ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong (Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan), ADUN Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halim (Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital).

Selain itu, ADUN Bandar Hilir Leng Chau Yen dilantik sebagai Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti manakala ADUN Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis dilantik Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.

Bagi jawatan Timbalan Exco Kerja Raya Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan pula ialah Zahari Abd Kalil (ADUN Durian Tunggal) dan ADUN Kuala Linggi Rosli Abdullah dilantik Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.

ADUN Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim pula dilantik Timbalan Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

"Bagi jawatan Timbalan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan pula, kita masih belum putuskan kerana kita masih menunggu keputusan mereka yang tidak dapat dihubungi," katanya.

Sementara itu, Ab Rauf berkata bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri pula, ia akan diputuskan kemudian memandangkan Khaidhirah telah dilantik sebagai Timbalan Exco negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

2

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa 14 jam yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan