web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Menurun Setakat Jam 8 Malam

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:13AM

gambaf BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang merekodkan penurunan kepada 5,802 orang setakat 8 malam ini berbanding 8,180 orang tengah hari semalam.

Laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah itu merangkumi 5,022 mangsa yang berlindung di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan 780 mangsa di sembilan PPS di Pahang.

Di Johor, hanya Batu Pahat mencatat peningkatan jumlah mangsa banjir dengan 87 orang yang berlindung di dua PPS, manakala di tiga daerah menurun iaitu Johor Bahru (338 orang di tiga PPS), Kluang (350 orang di tiga PPS) dan Kota Tinggi (4,135 orang di 24 PPS), sementara di Pontian dan Segamat jumlah mangsa kekal masing-masing 17 orang di sebuah PPS dan 95 orang di tiga PPS.

Di Pahang, jumlah mangsa di dua daerah menurun iaitu Pekan dengan 564 orang di tiga PPS dan Rompin sebanyak 191 orang di lima PPS, manakala mangsa banjir di Maran kekal 25 orang di sebuah PPS.

Menurut laporan itu juga mangsa kebakaran di Sarawak kekal 38 orang yang berlindung di sebuah PPS di Kuching.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Endau di Kluang.

Sungai Pahang di Maran, Pekan dan Bera serta Sungai Rompin di Rompin, Pahang; Sungai Kelantan di Kota Bahru, Kelantan; Sungai Arau di Arau, Perlis; dan Sungai Klang di Klang, Selangor turut mencatatkan paras bahaya.

Laporan itu turut memaklumkan terdapat 52 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Pahang Tua-Ganchong-Pulau Manis di Pekan, Pahang dan Jalan Johor Bahru-Endau di Kota Tinggi, Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki