web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kantoi Curi 'Counter Table Freezer' Guna Motosikal

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jan 2024 4:06PM

Suspek ketika disoal oleh anggota polis. - gambar polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Nekad untuk mencuri, tiga penjenayah mengambil pendekatan luar biasa dengan dengan seorang daripada mereka 'dipertanggungjawabkan' melarikan sebuah peti sejuk berkapasiti besar seberat lebih 50 kilogram, dengan menggunakan motosikal, dalam satu kejadian di kampung Telok Sungai Jagung, dekat sini, semalam.

Peti sejuk itu dibawa dengan meletakkannya di tempat duduk penumpang motosikal dibaiki suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superintendan Zaidy Che Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu bagaimanapun disedari seorang individu ketika tiga suspek mengeluarkan peti sejuk tersebut yang turut dikenali sebagai 'counter table freezer' dari sebuah dewan di kampung berkenaan.

Peti sejuk yang ditinggalkan suspek. - gambar polis
Peti sejuk yang ditinggalkan suspek. - gambar polis

Katanya, individu itu lalu menghubungi pemilik dewan dan bertanyakan sama ada beliau mengarahkan mana-mana pihak bagi membawa keluar peti sejuk tersebut.

"Pemilik dewan itu yang juga seorang peniaga terkejut apabila dimaklumkan perkara tersebut dengan beliau menafikan memberi arahan sedemikian kepada mana-mana pihak.

“Beliau kemudiannya bergegas ke dewan tersebut sebelum terserempak dengan tiga suspek yang sedang melarikan peti sejuk itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Zaidy berkata, pemilik dewan itu kemudiannya mengejar suspek sebelum seorang daripada mereka terjatuh dari motosikal yang dinaiki manakala dua lagi suspek melarikan diri dengan meninggalkan rakan yang terjatuh serta peti sejuk tersebut.

Beliau berata, semakan rekod mendapati suspek yang terjatuh dan berjaya ditahan itu seorang penganggur berusia 43 tahun.

“Ujian urin dijalankan mendapati dia negatif dadah namun memiliki empat rekod jenayah lampau," katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Wan ketika dihubungi Getaran memaklumkan, beliau terus menghubungi pemilik dewan tersebut setelah terlihat perlakuan mencurigakan ketiga-tiga suspek.

"Tiga suspek itu menaiki dua motosikal berasingan dengan seorang daripadanya membawa peti sejuk tersebut di belakang motosikalnya.

“Sebelah tangan digunakan untuk mengawal motosikal manakala sebelah lagi menahan peti sejuk itu daripada terjatuh.

"Tindakan itu memang berbahaya kerana peti sejuk itu sangat berat dan besar malah sukar diangkat walaupun oleh tiga orang dewasa,” katanya.

Wan berkata, beliau turut sama mengejar suspek bersama pemilik dewan tersebut sebelum seorang suspek yang membonceng motosikal ditunggang rakannya, terjatuh.

Beliau berkata, apabila suspek yang terjatuh itu didekati, dia masih tidak mengaku bersalah melarikan peti sejuk tersebut.

"Dua lagi suspek terus berlalu dengan meninggalkan peti sejuk serta rakan mereka yang terjatuh.

“Kami kemudiannya menyerahkan individu berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. – Getaran, 18 Januari 2024.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka