web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Proses Pemberian Vaksin Di PPV Mitec Lancar, Selesa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 2:47PM

Orang ramai menunggu giliran untuk menerima vaksin di PPV MITEC pada hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR ­- Penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini yang mula beroperasi hari ini, berpuas hati dengan kelancaran dan kemudahan disediakan.

Penerima vaksin warga emas, golongan kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik yang diberi keutamaan dalam Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semasa ditemui hari ini, rata-rata menyuarakan kegembiraan dan berpuas hari dengan proses vaksinasi di sini.

Penerima vaksin dos pertama Asrida Daud, 70, berkata kemudahan di PPV MITEC seperti lif dan kerusi roda yang disediakan sangat membantu selain proses vaksinasi yang lancar.

“Saya tak larat berdiri atau jalan jauh jadi anak saya guna kerusi roda yang ada di sini untuk bawa saya (dengan) lebih senang.

“Proses pun cepat saya cuma tunjuk janji temu dekat (aplikasi) MySejahtera dan petugas akan bawa ke tempat vaksin,” katanya.

Penerima vaksin dos kedua Foo Gim Suat, 85, yang juga ditemani anaknya berkata beliau gembira dapat melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 hari ini dengan selesa.

“Keadaan di sini tenang dan terkawal sebab di sini dewan lebih luas, petugas juga banyak bantu untuk tunjuk arah dan proses ke tempat vaksin, saya lebih selesa,” katanya.

Nor Fadzilah Talib, 31, penjaga kepada Imran Philip, 85, yang menerima dos kedua vaksin COVID-19 di sini berkata keadaan di PPV ini lebih kondusif dan selesa buat penerima vaksin terutama warga emas serta pengguna kerusi roda.

“Ini dos kedua, sebelum ini terima vaksin dekat PPV Dewan Komuniti Manjalara dan proses di sini lebih cepat, masa menunggu lebih kurang 30 minit sahaja dan kita tak berpanas,” katanya.

Kapasiti semasa penerima vaksin di PPV yang mula beroperasi hari ini dari 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat ini adalah 2,400 sehingga 2,800 orang sehari.

PPV MITEC akan mula beroperasi secara skala besar dengan kapasiti sehingga 8,000 penerima vaksin sehari bermula 7 Jun.

Pendaftaran untuk vaksinasi boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera atau melayari https://www.vaksincovid.gov.my/en/ atau menghubungi 1800-888-828 untuk mendaftar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia