web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Ulangi Desakan Untuk Gencatan Senjata, Mahu PBB Iktiraf Palestin 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 4:54PM

Malaysia akan mendesak supaya Israel bertanggungjawab ke atas tindakannya yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal mengulangi desakan untuk gencatan senjata segera dilakukan di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, desakan itu turut mencakupi penentangan ke atas perpindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa.

Menurut beliau, Malaysia juga akan menegaskan kepentingan penghantaran bantuan kemanusian tanpa sebarang halangan untuk menangani pembinasaan kemanusiaan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza. 

“Untuk ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Asia Barat, termasuk Isu Palestin di New York, Amerika Syarikat  esok.

“Malaysia akan mendesak supaya Israel bertanggungjawab ke atas tindakannya yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Jelas jurucakap itu, Mohamad akan mengesyorkan supaya Palestin secara rasmi diiktiraf sebagai Negara Anggota PBB dengan keahlian penuh.

Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Asia Barat, termasuk Isu Palestin di New York, Amerika Syarikat
Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Asia Barat, termasuk Isu Palestin di New York, Amerika Syarikat

Langkah ini tambah beliau, bagi membolehkan Palestin bergerak dengan lebih agresif untuk memperjuangkan hak mutlak mereka, sekali gus menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan serta kedaulatan yang telah lama dinafikan.

“YB Menteri juga  dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, António Guterres dan menyatakan sokongan Malaysia kepada seruan terkini beliau untuk bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza dengan cepat, selamat, menyeluruh, berterusan dan tanpa halangan. 

“Malaysia juga menyatakan sokongan kepada Sigrid Kaag dalam menunaikan tanggungjawab beliau sebagai Koordinator Kanan Kemanusian dan Pembinaan Semula Gaza yang baharu,” katanya.

Jurucakap itu menarik perhatian,  Malaysia memperakui setiap usaha di peringkat multilateral yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada situasi di Palestin.

“Mendukung suara rakyat Malaysia untuk Palestin, YB Menteri Luar juga akan meyerahkan poskad khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet kepada Setiausaha Agung PBB.

“Di samping usaha-usaha diplomatik, Malaysia juga terlibat dalam tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa berhubung isu Palestin,” katanya. 

Malaysia memperakui setiap usaha di peringkat multilateral yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada situasi di Palestin.
Malaysia memperakui setiap usaha di peringkat multilateral yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada situasi di Palestin.

Mengulas lanjut beliau berkata, Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kesan perundangan akibat dasar dan pencabulan berterusan Israel terhadap wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Katanya, Malaysia dijangka menyampaikan Kenyataan Lisan 22 Februari depan, pada sesi yang diadakan di Peace Palace, The Hague, Belanda, bermula 19 Februari nanti.

“Malaysia sebelum ini telah mengemukakan Kenyataan Bertulis pada 25 Julai lalun kepada ICJ yang memberi fokus kepada pencabulan hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri (self-determination) oleh Israel. 

“Proses bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ adalah susulan daripada Resolus 77/247 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diterima pakai pada 30 Disember 2022 dan ditaja bersama oleh Malaysia,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad