web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelarasan Tarif Air Baharu Bagi Pengguna Di Terengganu Berkuasa Kuasa 1 Februari

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:08AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Februari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Abdul Karim Endut berkata, tarif baharu itu, yang naik antara lapan sen hingga 18 sen bagi setiap meter padu mengikut kadar penggunaan, adalah termasuk caj elektrik sebanyak lapan sen yang sebelum ini diserap ke dalam kos operasi SATU.

Beliau berkata, pengguna domestik bagi bacaan meter 0 hingga 20 meter padu akan mengalami kenaikan daripada 42 sen kepada 58 sen, manakala bagi bacaan melebihi 20 meter padu hingga 35 meter padu, kadar baharu ialah 83 sen berbanding 65 sen sebelum ini.

"Bagi penggunaan melebihi 35 meter padu pula, kadar baharu adalahh RM1.08 bagi setiap meter padu berbanding RM1 sebelum ini.

"Kadar caj minimum bagi pengguna domestik pula beralih daripada RM4 kepada RM5.80 mulai 1 Februari depan," katanya pada sidang media mengenai pelarasan tarif air bagi Terengganu di pejabat SATU, semalam.

Abdul Karim juga berkata, bagi kategori domestik pukal, caj minimum akan berubah kepada RM10.80 sebulan dan caj baharu beralih sebanyak lapan sen kepada RM1.08 sen bagi penggunaan setiap meter padu, manakala bagi perusahaan komersial serta bangunan bukan domestik, menyaksikan peralihan kadar baharu kepada RM1.08 bagi penggunaan hingga 35 meter padu.

"Selain itu, Terengganu adalah satu-satunya negeri yang tidak mengenakan caj air kepada masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam," katanya.

Beliau berkata, pelarasan tarif air dan caj elektrik baharu itu dijangka dapat memberi pendapatan tambahan kepada SATU sebanyak RM9.6 juta setahun.

"Hasil daripada pendapatan itu, SATU merancang melaksanakan projek pembangunan infrastruktur bekalan air seperti menaik taraf loji rawatan sedia ada yang melibatkan kos RM11 juta, penggantian paip kritikal bernilai RM10 juta dan program air tidak terhasil (NRW) sebanyak RM16.6 juta," katanya.

Abdul Karim buat masa ini, SATU menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat kepada lebih 1.2 juta penduduk meliputi 342,364 akaun termasuk pengguna domestik dan bukan domestik yang merangkumi perusahan kecil serta sederhana sehingga kepada pengguna industri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia