web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Total Lockdown, Kedah Umum Morotarium Sebulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2021 6:00PM

Muhammad Sanusi Md Nor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR STAR - Kedah menjadi negeri pertama mengumumkan pemberian moratorium selama sebulan kepada semua penyewa premis perniagaan dan kediaman milik kerajaan negeri.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata selain moratorium, kerajaan negeri turut menyediakan 15,000 bakul makanan yang akan diagihkan kepada rakyat memerlukan di setiap daerah negeri itu.

“Proses agihan yang turut membabitkan 6,000 bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu akan diselaraskan dengan bantuan setiap wakil rakyat agar ia berjalan lancar.

“Kerajaan negeri juga memutuskan untuk membekalkan dana sebanyak RM50,000 kepada setiap daerah bagi perbelanjaan keperluan khas seperti pembelian susu dan lampin,” katanya pada sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Bagi mengurangkan beban peniaga kecil, Sanusi berkata, kerajaan negeri turut menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada golongan berkenaan, dengan jumlah maksimum setiap pinjaman sehingga RM5,000.

Katanya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) juga meluluskan dana bagi keperluan makan dan minum petugas sukarelawan sebanyak RM10,000 sepanjang dua minggu ini kepada setiap daerah.

“Sebanyak RM2.89 juta peruntukan disediakan untuk bakul makanan, dan RM500,000 untuk moratorium premis kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri juga dijangka kehilangan sumber hasil sebanyak RM10.8 juta akibat penutupan kaunter selama dua minggu,” katanya.

Sanusi berkata, kerajaan akan menjadikan Dewan Al Farabi yang terletak di Jalan Stadium di sini sebagai pusat rawatan baru COVID-19 bagi menampung kesesakan di semua hospital lain.

Ketika ini, beliau berkata, penggunaan katil bagi merawat pesakit COVID-19 sudah mencapai 93 peratus, dan 86 peratus di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Semua hospital di Kedah kini sudah dijadikan sebagai hospital COVID-19 dan kita tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

“Selain itu, kita juga sedang berunding dengan Hotel Raiya bagi menjadikan dewan di hotel itu sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC),” katanya.

Sanusi berkata, kerajaan negeri akan membiayai ujian saringan COVID-19 bersasar secara lebih proaktif dengan kerjasama klinik dan makmal swasta.

Katanya, menerusi usaha itu ia dijangka meningkatkan keupayaan kepada 200 hingga 300 ujian saringan sehari, dengan kos sehingga RM400,000 untuk tempoh dua minggu.

Semalam Kedah merekodkan 422 kes baru COVID-19, dengan Kota Setar mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 146. - Getaran, 31 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara