web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 2:04PM

Antara tahanan yang berjaya ditangkap semula - gambar Jabatan Imigresen Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Jabatan Imigresen mengesahkan 10 pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor di sini yang melarikan diri pada Khamis lepas berjaya ditahan setakat pagi ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya kini sedang mengesan baki 120 pendatang tanpa izin dengan operasi pencarian diteruskan sehingga kesemuanya diberkas.

"Lebih kurang 7 pagi tadi, dua orang ditahan di Masjid Batu Melintang apabila mereka datang ke masjid untuk meminta air daripada kariah masjid. Pihak penduduk di sana memaklumkan kepada polis dan ditahan.

"Sebentar tadi kita dapat satu maklumat lagi, satu tangkapan dibuat di Kampung Orang Asli Sementa. Semua dalam radius 12 kilometer, mereka sudah mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman," katanya pada sidang media di Depot Sementara Imigresen Bidor di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu menunjukkan satu perkembangan yang baik dengan kerjasama daripada pihak polis melibatkan Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Siasatan Jenayah, Unit Anjing, Jabatan Sukarelawan (RELA) semakin ke hadapan bagi membantu mengesan serta menangkap tahanan berkenaan.

Pada Khamis kira-kira 9.50 malam, 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Bidor, termasuk seorang yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 15 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana