web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Siasat Dakwaan Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Feb 2024 4:01PM

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, seperti yang tular melalui media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pengadu adalah seorang wanita tempatan berusia 24 tahun telah mendaftar masuk ke inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada 5 Februari lalu untuk bercuti.

"Pada 6 Februari kira-kira jam 8 malam, pengadu mendakwa telah terjumpa sebuah kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi ketika menggunakan tandas di dalam bilik air.

"Pengadu kemudian terus mengeluarkan kamera itu dan membuat aduan mengenai perkara berkenaan kepada pihak pengurusan inap desa sebelum ke Balai Polis Jelutong untuk membuat laporan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Razlam, hantaran berhubung dakwaan itu dikesan dimuat naik menerusi aplikasi X oleh pemilik akaun 'Isu Semasa Viral' semalam dan telah tular sehingga mendapat perhatian masyarakat umum.

Beliau berkata, siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang imej atau kandungan video dalam storan kamera terbabit.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes berkenaan sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, berdasarkan kandungan laporan yang dimuat naik, wanita itu mendakwa dia menyedari ada lubang kecil pada bekas pewangi ketika sedang mandi, lalu membuka bekas terbabit dan mendapati ada sebuah kamera di dalamnya.

Perkara itu kemudian diadu kepada pihak pengurusan dan seterusnya ke balai polis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Semasa 11 bulan yang lalu

MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam