web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 12:03PM

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sudah mengarah pihak terbabit menjalankan siasatan berhubung dakwaan pemasangan kamera tersembunyi di sebuah inap desa di Sabah. gambar Facebook MOTAC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing, yang mendakwa sebuah inap desa yang didiaminya di Sabah dipasang dengan kamera tersembunyi.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Kerajaan Sabah, MOTAC Sabah dan agensi berkaitan, sudah diminta mengambil tindakan serius dan sewajarnya terhadap dakwaan yang didedahkan di sebuah platform media sosial Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai pada 14 September lepas dan kemudiannya diulang siar oleh portal berita tempatan.

“Hukuman tegas dan setimpal wajar dikenakan kepada mana-mana pihak yang terbukti bersalah, kerana perbuatan terkutuk seperti ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi juga menjejaskan imej industri pelancongan negara.

“Saya mengingatkan kepada semua pengusaha homestay atau pemilik yang berdaftar di bawah MOTAC dan memperolehi penggredan daripada MOTAC, sekiranya didapati melanggar undang-undang dan disabit bersalah, MOTAC akan ambil tindakan tegas seperti membatalkan pendaftaran dan menarik balik penggredan mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook di sini, hari ini.

Tiong turut mengingatkan kepada semua pengusaha inap desa atau pemilik yang berdaftar di bawah Airbnb, supaya mengambil perhatian serius terhadap disiplin serta memeriksa latar belakang pekerja masing-masing.

“Tidak dinafikan perkara seperti ini mungkin terjadi disebabkan perbuatan peribadi, yang dilakukan oleh pekerja inap desa atau Airbnb yang tidak bertanggungjawab. MOTAC tidak akan berkompromi terhadap kejadian seperti ini dan akan terus membuat pemantuan dari semasa ke semasa,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara