web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 8:10PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru- baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 20-an itu, ditahan di Kuala Lumpur petang ini, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.
Beliau berkata polis percaya dengan penahanan lelaki itu, pihaknya akan dapat menyelesaikan siasatan kes insiden tersebut, turut tular di media sosial sejak Jumaat.

"Polis telah mengesan lelaki itu hari ini, sebelum berjaya menahannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian kamera tersembunyi, dalam bilik air tersebut.

"Polis juga telah mendapat perintah reman ke atas lelaki itu selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan kehormatan seseorang," katanya kepada Bernama hari ini.

Difahamkan, lelaki itu adalah rakan kepada wanita yang membuat laporan polis tersebut dan dipercayai dia turut menginap di inap desa yang sama, bersama beberapa lagi rakan mereka.

Terdahulu, hari ini BERNAMA melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu, selepas pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera tersebut menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Februari lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Semasa 11 bulan yang lalu

MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam