web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tun M Tidak Sihat, Bicara Kes Saman Terhadap Ahmad Zahid Ditangguhkan 19 Julai

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 4:18PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohamad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan bekas perdana menteri itu yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 19 Julai depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong membenarkan penangguhan itu susulan permohonan peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi yang memberitahu bahawa anak guamnya tidak sihat.

Mior Nor Haidir memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 Januari lalu dan pihak IJN menghantar surat kepada mahkamah memaklumkan anak guamnya tidak sihat untuk hadir ke mahkamah hari ini.

"Anak guam kami diberi sijil cuti sakit oleh IJN dari 26 Januari hingga 18 Februari ini. Kami mohon supaya perbicaraan hari ini ditangguhkan," kata Mior Nor Haidir yang turut dibantu peguam Rafique Rashid Ali.

Peguam, Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Ahmad Zahid mencadangkan perbicaraan kes itu bermula Oktober.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan itu dan menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 19 Julai, 26 dan 27 Ogos serta 29 dan 30 Oktober ini.

Sementara itu, Mior Nor Haidir memaklumkan kepada mahkamah pihak plaintif mengemukakan dua saksi iaitu Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan.

Mohamed Shahrul Fazli pula berkata, timbalan perdana menteri itu dan seorang lagi saksi sepina akan memberi keterangan pada perbicaraan nanti.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 dan kenyataan itu diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna Internet tanpa sebarang sekatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 hari yang lalu

PRK Mahkota Serlah Kerjasama Erat Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Tun M, Ku Li Dinasihat Tarik Diri, Jadikan Malaysia Kembali Hebat

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Azlan Sani Zawawi Antara Calon Kerusi Parlimen GTA

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Artis Tempatan Digesa Manfaat Teknologi Metaverse

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 13 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 9 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara