web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 10,000 Tidak Hadir Terima Vaksin COVID-19 Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:06PM

Dr Alias berkata lebih 10,000 rakyat yang mendaftar vaksin COVID-19 gagal menghadiri janji temu masing-masing.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Lebih 10,000 penerima dikesan gagal menghadirkan diri pada temu janji vaksin COVID-19, menyebabkan negeri itu muncul sebagai antara yang tertinggi di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, majoriti yang gagal hadir dalam temu janji berkenaan adalah golongan warga emas dan individu berisiko tinggi.

Menurut beliau, kebanyakan mereka memberi alasan terlupa tarikh janji temu COVID-19 yang ditetapkan dalam aplikasi My Sejahtera dan tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).

“Terengganu memang antara negeri dengan jumlah kehadiran penerima yang sangat rendah, dan dianggarkan kurang daripada 10,000 penerima hadir menerima suntikan.

“Mereka ini ramai dari golongan warga emas dan berisiko tinggi dan apabila ditanya sebab tidak hadir, masing-masing memberi alasan terlupa tarikh janji temu dan tiada kenderaan,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada pembaziran vaksin yang berlaku biarpun dengan jumlah ketidakhadiran yang tinggi itu.

“Jabatan Kesihatan memanggil individu lain sebagai ganti untuk menerima suntikan tersebut.

“Setakat ini tiada pembaziran vaksin kerana kita berusaha menggantikan kekosongan slot itu dengan individu dalam senarai menunggu,” katanya.

Alias berkata, kerajaan negeri juga sedang mempergiatkan usaha untuk memastikan penerima vaksin hadir di setiap PPV mengikut slot temu janji masing-masing.

Langkah itu jelas beliau, termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan di pusat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi individu yang perlu menghadiri temu janji suntikan.

“Kerajaan negeri juga bercadang untuk membuka kaunter suntikan vaksin COVID-19 di masjid terpilih sebagai usaha untuk menaikkan kehadiran penerima vaksin.

“Kita memang mencari kaedah atasi masalah ini sebab kita tidak selamat selagi orang lain tidak vaksin,” katanya.

Pada masa sama, Alias turut mengalukan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk bersama membantu melicinkan proses pemberian vaksin berkenaan.

“Daripada keseluruhan lebih 100 klinik swasta di negeri ini, hanya empat saja yang setuju untuk terlibat sama dan menawarkan perkhidmatan tersebut,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia