web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Israel, Henti Cabuli Hak Rakyat Palestin, Keluar Segera Dari Wilayah Dirampas!

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 9:01AM

Mohamad (berdiri) ketika menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Israel perlu menghentikan pencabulan berterusan ke atas rakyat Palestin dan keluar dari wilayah yang diduduki pada kadar segera.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah jelas dan nyata tindakan Zionis itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Menurut beliau, pendudukan Israel ke atas wilayah milik Palestin juga adalah satu pencabulan yang tidak seharusnya dibiarkan berterusan.

“Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestin dan berpandangan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mempunyai peranan khusus untuk memberi panduan dalam persoalan undang-undang.

“Ia termasuk yang dikemukakan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Palestin,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia di Sesi Pendengaran Awam di Peace Palace, The Hague, semalam. 

Sesi berkenaan diadakan bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ mengenai Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Tegas Mohamad, dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin bukan sekadar melanggar undang-undang antarabangsa, bahkan turut mencabuli hak rakya Palestin untuk menentukan nasib sendiri.

“Semua negara tidak seharusnya berkompromi dengan tindakan dan pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin.

“PBB juga wajib melaksanakan tanggungjawabnya berhubung isu Palestin,” katanya.

Selain Malaysia, lebih 50 negara dan tiga Badan Pertubuhan Antarabangsa telah menyertai Sesi Pendengaran Awam ini.

Mohamad ketika berada di The Hague turut mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Palestin, Riad Malki, dan ekspatriat Palestin. 

Pertemuan berkenaan antara lain bagi membincangkan situasi terkini di Palestin dan keduanya sebulat suara bersetuju untuk semua pihak berganding bahu serta mengambil tindakan tegas dalam menghentikan kekejaman di Gaza.

“Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, dan Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 14 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS