web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Layanan Istimewa Untuk Penerima Vaksin Di PCSH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 7:40AM

Seorang Sukarelawan (kanan)menolak kerusi roda seorang warga emas untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di Perak Community Specialist Hospital (PCSH), Ipoh semalam. - Gambar oleh Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perkhidmatan ambulans, kerusi roda, kereta buggy serta dipimpin sukarelawan merupakan antara ‘layanan VIP’ yang diberikan Perak Community Specialist Hospital (PCSH) selaku hospital swasta pertama sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar raya ini.

Itu antara inisiatif dan perkhidmatan yang ditawarkan di PCSH, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari PPV Stadium Indera Mulia, lokasi popular untuk orang ramai yang mendaftar untuk suntikan vaksin.

Presiden The Perak Chinese Maternity Association (TPCMA) Datuk Lee Hau Hian berkata pihaknya bangga untuk sama-sama terlibat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi membantu orang ramai mendapatkan vaksin.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta kami menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin kepada 100 penerima sehari namun kami berharap dan merancang untuk pergi lebih tinggi (jumlah penerima vaksin),” katanya kepada Bernama dan RTM di pusat tersebut semalam.

Menyentuh mengenai proses vaksin, beliau menasihati orang ramai agar mengikut janji temu yang ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera dan tidak datang terus ke pusat vaksinasi itu tanpa janji temu.

“Proses suntikan sangat cepat di mana temu janji boleh diselesaikan dalam masa kira-kira 30 minit bermula daripada proses pendaftaran sehingga selesai mendapat vaksin dalam suasana persekitaran yang tidak sesak dan padat,” katanya.

Katanya vaksin Sinovac dibekalkan oleh Klinik Kesihatan Gunung Rapat kepada PCSH dengan PPV itu beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Sementara itu seorang warga emas, Lye Kim Theng , 80, berkata beliau berterima kasih kepada doktor yang memberikan suntikan vaksin COVID-19 kerana memberi layanan yang baik.

“Doktor tenangkan saya dahulu sebelum memberi suntikan vaksin jadi saya rasa selamat dan tidak sedar sudah selesai disuntik vaksin. Saya juga ingin nasihatkan orang ramai supaya tidak takut mengambil vaksin dalam langkah menjaga kesihatan terutamanya orang berusia seperti saya,” katanya.

Seorang lagi penerima, Adam @Md Dahalan Ahmad Dalih, 79 berkata beliau telah didaftarkan anaknya di MySejahtera memandangkan telefon bimbit yang dimiliki tidak mempunyai aplikasi tersebut dan berasa bersyukur mendapat vaksin bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Pesara polis, Abdul Halil @ Abdul Halim Abd Rahman, 78 berkata beliau berharap kesihatannya akan terus kekal dalam keadaan baik dan masyarakat tidak perlu takut kepada vaksin sebaliknya ikhtiar dan berserah kepada yang Maha Berkuasa.

Leong Mooi, 79, berkata pengalamannya mendapat suntikan vaksin COVID-19 adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana kini berasa lebih selamat untuk diri dan keadaan sekeliling dan akan berkongsi kisah ini kepada rakan dan jirannya.

Pada 26 Mei, seramai 9,000 individu di Perak, gagal menghadirkan diri untuk janji temu vaksin yang sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas manakala Exco Kesihatan negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata sehingga Jumaat lepas, seramai 237,204 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia