web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Individu Lemas Mandi Di Pantai Gorongon, Putatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 7:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTATAN - Empat orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan lemas malam semalam dipercayai dibawa arus ketika mandi laut di Pantai Gorongon dekat Kampung Contoh, Petagas di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan yang hadir di lokasi kejadian.

“Mangsa berusia antara lapan dan 17 tahun dan semua mayat mangsa  dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes terbabit dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Misran Bisara berkata semua mangsa ditemukan antara jam 8.23 malam hingga 9.35 malam ini dan kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang ditemukan.

“Keadaan air laut surut memudahkan pencarian yang dijalankan sekitar kawasan mangsa dilaporkan lemas dalam anggaran 50 meter dan mangsa mungkin dalam keadaan berkumpulan ketika itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 petang tadi, semua mangsa dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk  mandi bersama empat lagi rakan mereka, namun ketika mahu pulang mereka dikatakan cuba berenang ke tepi pantai namun dipercayai dihanyutkan ombak deras.

Empat rakan mereka berusia sembilan hingga 13 tahun berjaya menyelamatkan diri manakala empat lagi hilang sebelum ditemukan lemas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia