web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Berkaitan Perlawanan Bola Sepak

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 12:15PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang membabitkan sekumpulan individu selepas perlawanan bola sepak di sini, yang video insiden berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supt Siti Noor Salawati Saad berkata, tiga lelaki berumur 30-an hingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian di Balai Polis Butterworth Ahad lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan keputusan pengadil serta beberapa provokasi antara penyokong, dan polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai terlibat dengan kejadian.

Katanya, seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

"Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Nursyahirah Sarahani dengan menelefon 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Siti Noor Salawati berkata, polis juga meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video kejadian itu dan mensensasikannya sehingga menimbulkan persepsi yang boleh menganggu ketenteraman awam.

Kejadian itu dipercayai berlaku semasa kejohanan bola sepak peringkat liga kawasan Bagan dan pergaduhan berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi