web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebanyak 18 Peratus Rakyat Malaysia Bakal Manfaat Vaksin Sinovac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 12:36PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia akan memperoleh manfaat daripada vaksin Sinovac COVID-19 yang telah mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

“Pengiktirafan di peringkat global ini telah meningkatkan keyakinan kita kerana sebanyak 12 juta bekalan vaksin Sinovac akan memastikan bahawa 18 peratus penduduk kita mendapat manfaat daripada vaksin ini.

“Vaksin Sinovac kini telah mendapat kelulusan WHO. Ia selamat dan berkesan,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Semalam, Penolong Ketua Pengarah WHO bagi Akses Produk Kesihatan Dr Mariangela Simao berkata badan dunia itu, mengesahkan penggunaan vaksin Sinovac COVID-19 untuk kecemasan dengan memberi jaminan kepada negara, penyumbang dana, agensi pemerolehan, dan masyarakat mengenai jaminan bahawa vaksin berkenaan menepati standard antarabangsa dalam aspek keselamatan, keberkesanan dan pembuatan.

WHO, menerusi Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL), menetapkan mekanisme prasyarat untuk pembekal dan pemerolehan antarabangsa bagi Vaksin fasiliti COVAX, yang membenarkan sesebuah negara mempercepat kelulusan peraturan mereka sendiri untuk mengimport dan memberikan vaksin COVID-19.

Dalam ciapan Twitter berasingan, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menasihatkan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi, bahawa mereka kini boleh mengemas kini status menerusi MySejahtera untuk penilaian vaksinasi.

“Anda boleh memasukkan bulan dan tahun kelahiran atau status penyusuan.

“Temu janji anda akan berdasarkan vaksin yang sesuai untuk anda di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19  tertentu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

4

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia