web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 8:52AM

Ahmad Zahid Hamidi (tengah, belakang) pada perasmian Mushaf Al Huffaz malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penerbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz oleh Yayasan Restu bakal membantu golongan hafiz atau huffaz menghafal ayat-ayat suci itu dengan lebih sistematik dan mudah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap ketika melancarkan penerbitan Mushaf al-Huffaz di Kompleks Nasyrul Quran di sini semalam, Ahmad Zahid berkata penerbitan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pelajar maahad tahfiz di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al-Falah akan membeli 50,000 naskah mushaf itu untuk diedarkan ke maahad tahfiz di seluruh negara.

"Jadi insya-Allah, pertengahan bulan Ramadan ini akan terbit dan diedarkan Mushaf al-Huffaz di seluruh maahad tahfiz...pelajar huffaz akan dimudahkan untuk mengingati ayat (al-Quran)," katanya.

Mushaf al-Huffaz menggabungkan beberapa kaedah hafazan serta ulangan, bertepatan dengan tujuan penerbitannya iaitu untuk membantu memudahkan proses hafazan dan ulangan ayat al-Quran yang telah dihafaz.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata masyarakat Islam digalakkan untuk mewakafkan al-Quran dalam usaha pembudayaan kitab suci itu.

"Eloklah persiapan kita untuk wakaf al-Quran dan juga Mushaf al-Huffaz dimulakan sekarang dengan tujuan mewujudkan kesedaran awam. Allah tidak akan memiskinkan mana-mana orang mewakaf, menderma atau infaq," katanya.

Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

4

Semasa 3 bulan yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 21 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Politik 2 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos