web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 8:08AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak ditubuhkan pada 1981, KEDA telah menerima peruntukan berjumlah RM2.31 bilion dan ia adalah satu jumlah yang besar.

"Biarpun kita lihat bahawa terdapat output daripada projek-projek yang dijalankan dan saya mengharapkan pengerusi KEDA yang baharu (Datuk Seri Jamil Khir Baharom) untuk melihat hasil atau keberhasilan (projeknya).

"Saya yakin keberkesanan kos atau cost effective harus menjadi agenda utama bukan sekadar berapa projek yang dijalankan tetapi keberkesanan sesuatu projek itu," katanya.

Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa itu berkata, demikian pada sidang media ketika Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Felda Sungai Tiang di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi tahun ini, KEDA menerima RM50.716 juta untuk pembangunan meliputi 11 projek prasarana, enam projek ekonomi dan pertanian serta lima projek modal insan dan usahawan.

Menurut beliau, keberkesanan projek berkenaan antaranya harus dilihat dari sudut bilangan masyarakat luar bandar yang berjaya dikeluarkan daripada garis kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.

Ahmad Zahid berkata, peningkatan jumlah usahawan khususnya daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga dilihat sebagai satu daripada keberkesanan projek yang dilaksanakan.

Beliau berkata, penyelarasan juga perlu dilakukan bagi memantau keberkesanan atau keberhasilan projek yang dilaksanakan oleh agensi dan kementerian lain.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan memberi penekanan kepada program-program baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk ditawarkan di Kolej KEDA.

"Tentunya, kita juga melihat bahawa kursus-kursus TVET akan disesuaikan mengikut permintaan pasaran umpamanya teknologi baharu.

"Maka Kolej KEDA antaranya telah menawarkan kursus-kursus berdasarkan teknologi kenderaan elektrik, teknologi Al dan ini adalah kehendak pasaran sekarang," katanya.

Beliau juga menyeru kepada pusat tahfiz seluruh negara untuk menghubungi KKWD bagi mengadakan kursus-kursus TVET di pusat pendidikan itu yang turut diberikan bantuan bersesuaian.

"Kita minta mereka supaya menghubungi kami dan kami akan melakukan penelitian mengikut kesesuaian maahad tahfiz itu untuk kita bawa pelajar-pelajarnya bagi mengikuti kursus-kursus TVET," katanya sambil menambah terdapat 1,999 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara ketika ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi KEDA, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad