web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peserta Unduk Ngadau Dakwa Dicabul Ahli Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 8:51PM

Pemenang Unduk Ngadau Borderless Kaamatan 2021, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang pemimpin parti politik di negeri ini didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Borderless 2021, ketika terbabit dalam penggambaran program berkenaan, bulan lalu.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku 19 Mei lalu, namun, ia mula menjadi bualan orang ramai sejak semalam selepas satu salinan laporan polis yang dikatakan dibuat mangsa tersebar di media sosial.

Berdasarkan laporan polis tersebut, mangsa dikatakan baru selesai menjalani penggambaran program Unduk Ngadau sebelum dipelawa suspek menaiki kenderaannya untuk makan malam di sekitar Kota Kinabalu.

Ketika dalam kenderaan, suspek didakwa meraba mangsa beberapa kali di bahagian paha, badan, tangan dan leher.

Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu bertindak menepis tangan suspek, namun, lelaki itu tetap berdegil dan meneruskan perbuatan jijik tersebut.

Enggan perkara itu terus berulang dan menimpa gadis lain, mangsa nekad membuat laporan polis pada 21 Mei di Balai Polis Karamunsing.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menerusi sidang media hari ini memberitahu, mereka masih tidak dimaklumkan dengan kes berkenaan.

“Bagaimanapun jika benar ada laporan polis, kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Unduk Ngadau Borderless Kaamatan 2021, Joanna Kitingan ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan rapi.

“Sebagai penganjur, kami melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini walaupun terpaksa dilakukan dalam keadaan mencabar (ekoran COVID-19).

“Saya tidak boleh komen lebih mengenainya dan biar polis lakukan siasatan,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia