web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Pembantu Tadbir Didakwa Lakukan Pengubahan Wang Haram, Pecah Amanah RM15 Juta

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 8:04PM

Bekas Pembantu Tadbir Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuching hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.

Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, di hadapan empat hakim di empat Mahkamah Sesyen berasingan di sini.

Tiga pertuduhan pecah amanah dan empat pertuduhan pengubahan wang haram dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon dan masing-masing sembilan pertuduhan pengubahan wang haram di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman, Hakim Musli Ab Hamid dan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Mohd Zairull Arzuan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Tertuduh didakwa melakukan transaksi mencurigakan bermula pada tahun 2020 sehingga 2022 dengan jumlah keseluruhan RM4.7 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Sementara itu, bagi pertuduhan pecah amanah melibatkan gaji pekerja JKM Sarawak pula, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan melibatkan RM10.2 juta itu dilakukan pada 2019 sehingga 2021.

Mahkamah membenarkan Mohd Zairull Arzuan diikat jamin RM285,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah, Ubah Wang Haram Lebih RM9 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekas KP MEIO Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Perbicaraan Najib, Irwan Babit Pecah Amanah RM6.6 Bilion Ditangguh Mei

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad