web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Raba Peserta Unduk Ngadau, Langgar Pula SOP PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jun 2021 11:33AM

Dewan Hongkod Koisaan yang sering menjadi lokasi acara kemuncak sambutan Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang ahli politik yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau, baru-baru ini, sekali lagi terpalit dengan kontroversi selepas dikatakan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sambutan Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2021, akhir bulan lalu.

Menerusi satu salinan laporan polis yang tular di media sosial, semalam, lelaki tersebut didakwa tidak memakai pelitup separuh muka ketika hadir menyaksikan acara di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang, 30 Mei lalu.

Suspek juga dikatakan memarahi petugas keselamatan di situ selepas dihalang masuk ke dewan berkenaan kerana tidak memakai pas seperti yang ditetapkan penganjur.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Guan Dee Ko Hoi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai dakwaan berkenaan yang dikaitkan dengan ahlinya.

"Sebagai tindakan awal, STAR Sabah menggantung jawatan individu berkenaan sebagai Penyelaras Parlimen berkuat kuasa serta-merta.

"Siasatan terperinci perlu dilakukan menerusi Lembaga Disiplin parti untuk melihat (jika ada) keperluan menggantung keahlian atau memecat individu berkenaan," katanya menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook Penerangan Parti Star Sabah, semalam.

Tambah Guandee, STAR Sabah mengambil berat dakwaan tersebut kerana ia membabitkan intergiti ahli, dan kedudukan mereka sebagai sebuah parti berpelembagaan yang tertakluk kepada peruntukan perundangan.

"Ini menunjukkan kepimpinan parti sentiasa bersikap terbuka dalam mendengar aduan awam terutamanya dalam kalangan ahli STAR Sabah berhubung salah laku barisan kepimpinan," katanya. – Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia