web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tabung Bencana Negeri Johor: MB, Exco Sumbang 3 Bulan Gaji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jun 2021 4:29PM

Hasni Mohammad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor termasuk Menteri Besar akan menyumbangkan tiga bulan gaji mereka ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sumbangan gaji terbabit akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini, khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19.

"Dalam mesyuarat mingguan semalam, saya dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk menyumbangkan tiga bulan gaji ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor.

"Sumbangan daripada gaji pada bulan Jun hingga Ogos 2021 ini akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini dalam mendepani dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, sejak Tabung Bencana Negeri Johor ditubuhkan pada tahun lalu susulan penularan COVID-19, sebanyak RM44.83 juta sumbangan sudah diterima sama ada dalam bentuk wang tunai atau peralatan daripada pelbagai pihak.

"Hingga kini, sebanyak RM41.65 juta sumbangan sudah digunakan untuk manfaat rakyat," jelasnya. 

Bagi menambah dana dan meningkatkan kapasiti kesihatan awam di negeri ini, Hasni turut mengajak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor untuk sama-sama menyumbang sebahagian daripada elaun yang diterima ke dalam tabung berkenaan bagi membantu rakyat.

"Saya juga ingin menyeru pihak swasta, korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang prihatin untuk menyumbang ke dalam tabung ini bagi membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak memerlukan," katanya. 

Pada masa sama, beliau menasihati rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19

"Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi sesama kita dan kita mesti menang dalam perperangan melawan COVID-19 ini," katanya. – Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia