web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik Dakwa Raba Peserta Unduk Ngadau Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 7:27PM

Suspek dibawa menaiki kenderaan polis, tengah hari tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sidang media seorang ahli politik berkaitan isu mencabul kehormatan dan mengganggu tugas pasukan keselamatan, bertukar kelam kabut apabila dia ditahan polis di pejabatnya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari itu, beberapa pegawai dan anggota polis dilihat hadir di pejabat suspek yang terletak di Asia City, sebelum menemui lelaki tersebut dipercayai bagi menerangkan punca penahanannya.

Terdahulu, suspek, 52, yang juga penyelaras parlimen Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengadakan sidang media di hadapan beberapa wartawan, bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya sehingga membawa kepada penggantungan jawatan dalam parti berkuat kuasa semalam.

Menerusi sidang media tersebut, suspek sempat memaklumkan sudah memfailkan saman pagi tadi, bagi membuat tuntutan sivil terhadap peserta Unduk Ngadau, seorang anggota Agensi Sukarelawan Malaysia (RELA) dan media portal dalam talian kerana didakwa membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Lelaki itu mendakwa terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan, namun, percaya semua itu adalah usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi diri dan keluarganya.

Suspek kemudian dilihat dibawa menaiki kenderaan polis dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dua laporan polis yang dibuat ke atasnya pada 21 Mei dan 2 Jun lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan penahanan suspek berikutan dakwaan gangguan seksual oleh seorang peserta dalam pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan, baru-baru ini.

“Setakat ini, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan serangan jenayah seksual.

“Polis akan menyiasat kes ini secara adil dan tiada siapa boleh terlepas dari perundangan sekiranya didapati melakukan kesalahan,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan mengenai aduan seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diraba seorang ahli politik ketika dalam perjalanan untuk makan malam di Kota Kinabalu, pada 19 Mei lalu.

Mangsa, 21, mendakwa diraba beberapa kali di paha, badan dan leher oleh suspek di dalam kenderaannya menyebabkan gadis itu membuat laporan polis dua hari kemudian.

Nama suspek sekali lagi menjadi sebutan apabila satu laporan polis tular mengenai dakwaan dia mengasari seorang petugas RELA ketika berada di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), 30 Mei lalu.

Petugas RELA berusia 65 tahun itu mendakwa suspek memarahinya selepas dilarang masuk ke dalam dewan tanpa pas selain tidak memakai pelitup separuh muka ketika berada di situ. - Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia