web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 5:11PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344), yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dengan pindaan itu, hukuman bagi Seksyen 21 Akta 344 akan dinaikkan menjadi sama seperti menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Pada saya, sebenarnya Seksyen 21 ini kita (polis) jarang sangat gunakan, sebab kita mempunyai Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Tiada masalah jika Seksyen 21 ini dipinda. Kita akan pakai dua-dua dan ikut mana yang lebih baik dan afdal. Memang ada keperluan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pindaan kepada Akta Polis 1967 (Akta 344) yang akan melibatkan perubahan terhadap 10 Fasal, dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama pada 18 Мас.

Antaranya, Fasal 4 bertujuan meminda Seksyen 21 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pegawai polis melaksanakan tugas mengiring di mana-mana jalan awam dan mana-mana orang yang menggalang, menentang atau melanggar arahan polis, boleh didenda sehingga RM10,000 serta penjara sehingga dua tahun, berbanding hukuman RM200 dan dua bulan penjara sebelum ini.

Razarudin berkata, tidak sepatutnya timbul sebarang isu mengenai pindaan ini, kerana kesemuanya sudah diputuskan oleh pihak yang mempunyai kuasa.

"Kesemuanya sudah diputuskan di Parlimen," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka