web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tipu Pelaburan Atas Talian, 9 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 10:13AM

9 individu termasuk seorang warga China ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan pelaburan atas talian di Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, Ahad lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis menahan sembilan lelaki terdiri daripada lapan individu tempatan dan seorang warganegara China kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan pelaburan secara atas talian dalam serbuan di Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah dekat sini, Ahad lalu. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd. Roze Shaari berkata, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 36 tahun mengaku menjalankan aktiviti penipuan pelaburan mata wang asing dan krypto dengan menerima gaji sebanyak RM3,000 sebulan. 

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati kegiatan tersebut aktif beroperasi sejak kira-kira dua bulan lalu dengan mengaut keuntungan antara RM500,000 hingga RM600,000 sebulan. 

"Modus operandi kumpulan ini adalah setiap ahli sindiket akan mewujudkan satu kumpulan Whatsapp dan mempromosikan pelaburan secara atas talian. Mereka akan mewujudkan interaksi secara dua hala bagi menyakinkan pelanggan untuk melabur. 

"Ahli sindiket akan memperdaya mangsa dan mengajak mereka melabur dalam laman sesawang 'Bittbay88.com' sebelum menipu mangsa. Sindiket ini juga dipercayai menyasarkan mangsa dari negara-negara lain di benua Asia," katanya di sini, semalam.  

Dalam serbuan dijalankan kira-kira pukul 3 petang itu, polis turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut antaranya beberapa unit komputer riba, telefon bimbit serta 'mobile wifi'. 

Mengulas lanjut Mohd. Roze berkata, dua daripada individu yang diberkas didapati berstatus 'orang dikehendaki' berkait kesalahan dadah dan Imigresen.

"Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Imigresen 1959/1963.

"Selain itu mereka turut disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan 2021) kerana berkumpul tanpa penjarakan sosial," katanya. - Getaran, 4 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki