web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bimbang Risiko COVID-19, Pengusaha Bot Tambang Mohon Suntikan Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 5:59PM

Sekumpulan pengusaha bot penambang dari Pulau Sebatik ke Tawau gesa kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada pengusaha bot penampang dengan segera.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Biarpun banyak berita palsu mengenai kesan pengambilan vaksin COVID-19 bertebaran di media sosial, ia tidak menjadi penghalang penduduk di daerah ini untuk terus berusaha menjadi antara penerima suntikan vaksinasi berkenaan.

Terbaru, sekumpulan pengusaha bot penambang dari Pulau Sebatik ke bandar Tawau menggesa kerajaan menyenaraikan mereka sebagai antara penerima vaksin pada kadar segera, demi melindungi diri dan keluarga.

Juragan bot, Fazlan Oweng, 29, berkata, walaupun tugas dilakukan  bukan dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan, mereka tetap berdepan risiko untuk dijangkiti, sekali gus menjadi agen penyebaran virus berkenaan.

"Sebagai pekerja pengangkutan awam, sudah tentu kami perlu membawa penumpang dari Pulau Sebatik ke Tawau dan sebaliknya kerana ini adalah satu-satunya jalan penghubung antara dua lokasi berkenaan.

"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masih ada penduduk yang perlu turun ke bandar untuk melakukan tugas harian sama ada mendapatkan rawatan hospital mahu pun membeli barang keperluan rumah," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Tambah Fazlan, walaupun ketika ini jumlah penumpang hanya separuh daripada kapasiti bot, namun, ia tetap mendatangkan risiko penyebaran COVID-19 kepada juragan bot sepertinya.

Perkara itu turut dipersetujui Idham Mahmud, 32, yang melakukan tugas sama sejak empat tahun lalu.

"Sepanjang bekerja membawa bot sejak negara dilanda pandemik COVID-19, Mac tahun lalu, jujur kami bimbang akan keselamatan diri sendiri dan keluarga.

"Kami tiada pilihan, selain terus bekerja sebagai juragan bot memandangkan ia juga satu keperluan untuk penduduk di kawasan pulau," katanya.

Menurut Idham, pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pengusaha bot penambang sepertinya dapat mengurangkan risiko penyebaran virus tersebut sekali gus membantu membendung penularan pandemik.

"Saya berharap pihak berkuasa khususnya wakil rakyat mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu rakyat untuk  mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan kadar segera 

"Perkara ini (virus) bukan satu perkara baharu, dan kita seharusnya boleh melakukan persiapan lebih awal bagi memastikan segala perihal berkaitan COVID-19 termasuk pemberian vaksin dapat dilakukan secara lebih teratur," katanya.

Semua bot penambang sekitar daerah ini dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga dua petang setiap hari sepanjang perlaksanaan PKP 3.0. – Getaran, 4 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia